Dewan terbakar: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah

TELUK INTAN – Dua beradik dihadapkan berasingan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen Teluk Intan atas pendakwaan khianat serta memiliki bunga api sehingga menyebabkan kebakaran dewan terbuka Arena Square Teluk Intan, minggu lalu.

Tertuduh, Jesan John Mikela, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan selepas dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norhamizah Shaiffudin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan bunga api dengan mengetahui mungkin ia menyebabkan kerosakan kepada bangunan kepunyaan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang digunakan sebagai tempat untuk kegunaan awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Arena Square, Jalan Raja Teluk Intan dalam Daerah Hilir Perak pada jam 11.29 malam, 11 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Dewan terbakar Dua beradik dihadapkan ke mahkamah Teluk Intan tertuduh bunga api kesalahan lelaki
Tertuduh, Steven John Mikela, 24, mengaku tidak bersalah atas pendakwaan memiliki bunga api sehingga menyebabkan kebakaran dewan terbuka Arena Square Teluk Intan, 11 November lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 NOVEMBER 2024.

Mahkamah menawarkan tertuduh jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 20 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di samping itu, tertuduh juga dikenakan syarat tambahan untuk melaporkan diri pada balai polis berhampiran setiap sekali sebulan.

Sementara di Mahkamah Majistret, abang tertuduh, Steven, 24, juga mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Majistret Naidatul Athirah Azman.

Pemandu lori itu didakwa, secara sedar mempunyai kawalan bahan letupan jenis ‘Boom Assorted 138 Shot’ serta ‘Happy Boom Red Cracker 88’ Dan kesalahan itu dilakukan pada jam 8.30 malam di lokasi dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menawarkan jaminan RM3,500 kepada tertuduh dengan 20 Disember ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Aina Liyana Mohd Talal dan Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Faustina Francis. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kebakaran Arena Square: Penganjur majlis hari jadi direman seminggu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI