Jangan biar negeri dibinasa dengan anasir pecah belah – MB Perak

IPOH – Rakyat diingatkan untuk sederap dan senada dalam usaha menyuburkan nilai-nilai kebaikan dengan menggembleng usaha membina perpaduan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab membina kerukunan, selain berusaha mengeratkan persefahaman dan mengukuhkan persaudaraan.

Beliau berkata, masyarakat tidak boleh membiarkan negara dan negeri daripada dibinasakan dengan anasir yang memecahbelahkan.

“Kebelakangan ini, keharmonian rakyat berbilang kaum sering dibayangi sentimen perkauman dan agama, sehingga hubungan masyarakat diasak supaya terbungkam jatuh dalam jurang perpecahan dan permusuhan.

“Mutakhir ini, naratif kebencian sewenang-wenang ditiup dengan menyalakan api permusuhan.

“Isu yang berlegar dalam masyarakat dipolemikkan mengikut neraca kaum dan agama demi mengejar laba politik yang akhirnya menggugat keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Negeri perak rakyat perpaduan saarani masyarakat anasir keharmonian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah anak yatim dan pusat jagaan pada Majlis Sambutan Deepavali Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini, pada Sabtu.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat majlis yang dihadiri 8,000 pengunjung itu.

Tambah Saarani, situasi menjadi lebih buruk apabila platform media sosial dijadikan sarang untuk menyebar naratif perpecahan sehingga masyarakat berbilang kaum cuba diselimuti dengan perasaan syak wasangka antara satu sama lain.

Negeri perak rakyat perpaduan saarani masyarakat anasir keharmonian
Persembahan kebudayaan tradisional pada Majlis Sambutan Deepavali Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

“Senario itu bukan sahaja mengeruhkan perpaduan dan merencatkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.

“Sekiranya ia tidak ditangani dengan sikap bertanggungjawab, maka ia dibimbangi boleh meruntuhkan asas-asas kesatuan yang sekian lama menjadi teras perpaduan sesama rakyat,” jelas beliau.

Pada masa sama, Saarani memberitahu, kerajaan negeri terus berusaha memastikan setiap anggota rakyat yang berbilang kaum dapat menikmati kesejahteraan melalui Pelan Perak Sejahtera 2030. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Sambutan Deepavali Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI