Pindaan Akta Koperasi 1993: KUSKOP akan libatkan Ahli Parlimen

TELUK INTAN – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Parlimen membabitkan pindaan Akta Koperasi 1993 sebelum dibentang ke Dewan Rakyat.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ia bertujuan memberi ruang dan peluang kepada ahli parlimen terlibat menyumbang kepada penyediaan draf pindaan berkenaan.

“Ketika ini sesi libat urus melibatkan agensi dan jabatan-jabatan kerajaan sedang dijalankan termasuklah perbincangan yang telah diadakan pada Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 Julai lalu.

“Selepas itu, kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri mengenai perkara dasar terlebih dahulu bagi mendapat persetujuan mereka sebelum sesi libat urus bersama Ahli Parlimen dan gerakan koperasi diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Ladang Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) dan Perasmian De 1 MOCCIS Banquet Hall di De MOCCIS Lake Resort, di sini, pada Isnin.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi MOCCIS Berhad, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, pihaknya bercadang untuk membentangkan terlebih dahulu dasar pindaan Akta Koperasi 1993 ke kabinet hujung tahun ini.

Jelas beliau, selepas ia dilaksanakan pihaknya akan meminta Jabatan Peguam Negara meneliti draf yang disediakan KUSKOP sebelum diangkat ke kabinet dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Pada Ketika ini saya mahu KUSKOP dan SKM berusaha dengan seberapa banyak libat urus termasuk koperasi kerana saya mahu semua ini menjadi sebahagian besar daripada penyediaan pindaan akta ini,” katanya.

Oktober lalu media melaporkan, Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.

Menurut Ewon draf pindaan itu yang kini sedang disiapkan akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun hadapan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan sebanyak 200 pindaan (peruntukan) baharu akan dimasukkan dalam akta tersebut, melibatkan perkara-perkara dasar yang telah dipersetujui. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak saran koperasi teroka peluang baharu dan manfaat AI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI