IPOH – Negeri Perak dilihat mempunyai potensi besar sebagai negeri penyumbang baharu kepada kluster industri negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia susulan perancangan pembangunan projek-projek mega yang sedang giat dibangunkan seperti Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP), Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim dan sebagainya.
Katanya, Perak kini berpotensi lebih baik daripada negeri-negeri lain dalam soal penyumbang kepada ekonomi serta Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. -MGPerak