Exco, ADUN sambut baik belanjawan, tiada yang terpinggir

IPOH – Pelbagai inisiatif dan program disediakan terutamanya bagi membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini pada pengumuman Belanjawan Perak 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semalam.

Kerajaan negeri menyalurkan RM30.22 juta untuk melaksanakan program-program kesejahteraan dekat dengan kehidupan rakyat, RM24 juta bagi inisiatif Kad Perak Sejahtera dan RM5 juta untuk program Bantuan Kotak Makanan.

Exco, ADUN sambut baik belanjawan fokus kebajikan rakyat
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, selaku Exco bertanggungjawab kepada soal kesejahteraan dan kebajikan rakyat, beliau amat menyambut baik pembentangan bajet pada tahun ini.

“Bajet pada tahun ini saya lihat benar-benar dirasai Menteri Besar selaku kepimpinan negeri yang mendengar keluh kesah rakyat soal kesempitan hidup sehingga beliau memberi tumpuan utama kepada soal kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negeri Perak.

“Antara fokus yang diberikan termasuklah Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sebelum ini RM400 telah dinaikkan kepada RM500.

“Selain itu, Bantuan Kotak Makanan, program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak terus diatur bagi menoktahkan kemiskinan rakyat di negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Belanjawan Perak 2025 yang dibentangkan Saarani pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Exco, ADUN sambut baik belanjawan fokus kebajikan rakyat
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Dalam perkembangan sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching melihat terdapat banyak usaha penambahbaikan oleh kerajaan negeri dalam pembentangan belanjawan kali ini.

“Di bawah portfolio saya turut ada beberapa peruntukan dan penambahbaikan supaya kita dapat laksanakan lebih banyak projek untuk menggalakkan pemilikan perumahan dan juga dari segi kesejahteraan sosial rakyat dapat disediakan dengan lebih baik,” ujarnya.

Exco, ADUN sambut baik belanjawan fokus kebajikan rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi pula berpendapat, secara keseluruhan Belanjawan Perak 2025 berjaya ditambah baik kerana terdapat peningkatan hasil pada tahun ini.

“Saya nampak usaha kerajaan negeri Perak untuk membangunkan negeri terutamanya dari segi kebajikan rakyat. Menerusi sesi perbahasan yang akan diadakan minggu hadapan kita akan bincang intipati bajet dengan lebih teliti termasuk pembangunan negeri,” jelasnya.

Exco, ADUN sambut baik belanjawan fokus kebajikan rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, ADUN Bercham, Ong Boon Piow menganggap belanjawan tahun hadapan adalah ‘bajet penyayang’ kepada rakyat.

“Peruntukan bajet ini tidak terhad kepada rakyat sehaja tetapi kepada peniaga, pelabur dan ia amat menyeluruh jadi tiada pihak yang terpinggir.

“Kalau kita berganding bahu dengan bajet peringkat Persekutuan memang ini akan memberikan impak begitu besar kepada negeri Perak,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: Hampir separuh disalur untuk kesejahteraan rakyat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI