Tujuh PBT Perak laksana pengunaan kamera badan

IPOH – Kerajaan Perak melancarkan inisiatif penggunaan kamera badan (BWC) di tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri berkuat kuasa serta merta.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, tujuh PBT telah terpilih bagi fasa pertama program penggunaan kamera badan yang terdiri daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Tambahnya, selain itu, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) antara yang akan menggunakan kamera badan tersebut.

Tujuh PBT Perak laksana pengunaan kamera badan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching memakaikan kamera badan kepada pegawai penguatkuasa pada Majlis Penyerahan Kamera Badan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Perak di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2024.

“Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengambil inisiatif melaksanakan program penggunaan kamera badan secara ujikaji selama tiga bulan yang bermula seawal Ogos lalu melalui usahama strategik kerajaan negeri dengan pihak swasta.

“Beberapa sesi perbincangan dan libat urus bersama PBT terlibat telah dilaksanakan bagi membantu penguatkuasa dalam melaksanakan tugas sebelum secara rasminya melancarkan penggunaan kamera badan oleh anggota penguat kuasa PBT.

“Menyedari kepentingan perkara ini, kerajaan negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) telah menyalurkan agihan peruntukan Program Kesejahteraan Komuniti bagi pembelian 12 unit kamera badan melibatkan enam PBT pada berjumlah RM34,788.

“Pada masa sama, kerajaan negeri turut merancang untuk membuat agihan peruntukan seterusnya dalam fasa kedua program penggunaan kamera badan ini kepada lapan PBT pada suku pertama tahun 2025,“ katanya.

Tujuh PBT Perak laksana pengunaan kamera badan
Pegawai penguatkuasa memakaikan kamera badan pada Majlis Penyerahan Kamera Badan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Perak di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kamera Badan kepada PBT Perak di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Shy Ching berkata, cadangan penggunaan kamera badan bermula berikutan timbulnya isu kontroversi berkaitan operasi penangkapan haiwan jalanan.

Tujuh PBT Perak laksana pengunaan kamera badan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching memakaikan kamera badan kepada pegawai penguatkuasa pada Majlis Penyerahan Kamera Badan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Perak di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2024.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk melaksanakan penggunaan kamera bagi setiap tindakan penguatkuasaan di kawasan PBT bagi memastikan operasi dijalankan dengan lebih telus, profesional dan beretika untuk kebaikan bersama.

Beliau turut menzahirkan keyakinan menerusi penggunaan kamera badan, sebarang tindakan penguatkuasaan bagi isu kacau ganggu yang berlaku di dalam kawasan operasi PBT dalam diambil dengan telus, tegas dan menyeluruh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penguat kuasa di 15 PBT Perak bakal dilengkapi kamera badan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI