IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan usul membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri selepas beliau didakwa membuat kenyataan tidak benar pada Isnin.
Keputusan itu dibuat Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid selepas usul dibawa ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yeong dipersetujui. -MGPerak