Bola sepak B-12: Perak berdepan kelab Hainan, China

IPOH – Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Jemputan Malaysia-China Bawah 12 tahun (B-12) yang julung kali dianjurkan memberi peluang kepada pemain pelapis di Perak menimba pengalaman untuk bersaing dengan kelab dari luar negara.

Pengarah Teknikal Pertandingan, Raja Azlan Shah Raja So’ib berkata, pertandingan tersebut bersempena hubungan kerjasama diplomatik antara Malaysia – China dan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Menurutnya, sebanyak lapan pasukan akan berentap termasuk dua pasukan China iaitu Hainan Deneng FC dan Hainan Zhonghai FC pada kejohanan yang berlangsung pada 21 dan 22 Disember depan di Kelab Rekreasi Cina Perak (PCRC).

Pasukan lain yang turut bertanding dalam kejohanan itu adalah PCRC A; PCRC B; Ipoh Friday Club; Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gladiator; Dinding Indians Association (DIA) Kickers dan Perak FC Academy.

“Pertandingan anjuran Perak FC dengan kerjasama PCRC ini diadakan bagi mempertingkatkan persefahaman dan memberi ruang kepada kelab serta pemain tempatan B-12 untuk bermain, bertanding dan mencari pengalaman bersaing dengan kelab dari luar negara.

“Jadi (kejohanan bola sepak) dengan China ini adalah permulaan dan kita ada beberapa rancangan akan datang sama ada menjemput penambahan (kelab) daripada luar atau pasukan kami akan ke sana (luar negara),” katanya.

Pemain bola sepak B-12 Perak berentap dengan kelab Hainan China
Pengarah Teknikal Perak FC (PFC) dan Pengarah Teknikal Pertandingan, Raja Azlan Shah Raja So’ib (tengah) ketika sidang media PFC berhubung Kejohanan Jemputan Bolasepak Antarabangsa Bawah 12 Malaysia-China di Menara SSI, Ipoh. Turut sama Presiden PCRC & Timb. Pengerusi Pertandingan, Chan See Onn (kiri) dan Wakil pasukan Hainan Deneng FC & Hainan Zhonghai FC, Gary Teh (kanan). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Menara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI), di sini pada Selasa.

Hadir sama, Presiden PCRC dan Timbalan Pengerusi Pertandingan, Chan See Onn serta Wakil pasukan Hainan Deneng FC dan Hainan Zhonghai FC, Gary Teh.

Dalam perkembangan sama, Raja Azlan Shah berharap kejohanan yang telah dirangka sejak sekian lama ini akan berjalan lancar serta mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.

“Kita ada kekangan hujan di sini dan diharap cuaca ketika itu (hari kejohanan) berada dalam keadaan baik,” ujarnya.

Katanya, kejohanan tersebut secara tidak langsung membantu meningkatkan pelancongan sukan (sport tourism) di negeri ini sekali gus dapat menjayakan Perak Sejahtera 2030.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menawarkan hadiah piala, pingat dan sijil penghargaan kepada peserta. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MB cadang PAFA urus pasukan bola sepak SUKMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI