Sukar hentikan aktiviti kuari di hutan batu kapur kerana tempoh pajakan

IPOH – Kawasan hutan batu kapur di Negeri Perak perlu diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal atau kawasan perlindungan sebagai usaha konkrit memelihara khazanah alam semula jadi itu.

Mantan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP), Mohamed Shah Redza Hussein berkata bagaimanapun usaha berkenaan memerlukan mekanisme dan perbincangan khusus melibatkan kerajaan negeri, dan pemegang taruh termasuk pemegang konsesi kuari.

Jelasnya, adalah sukar untuk kerajaan negeri menghentikan operasi pengkuarian yang sedang berjalan ketika ini kerana ia melibatkan perjanjian dan pajakan sejak puluhan tahun.

“Jika kerajaan negeri mengarahkan mereka hentikan operasi kuari, maka kerajaan negeri terpaksa menanggung nilai pampasan yang tinggi.

“Jadi sebab itu kerajaan negeri boleh berkerjasama dengan sama ada pemegang taruh atau pemegang konsesi itu untuk memelihara kawasan batu kapur yang sedia ada, khususnya kawasan yang penting.

“Pengezonan kawasan kuari ini telah dibuat 50 tahun yang dahulu dan ia mustahil untuk ditukar pada tempoh singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran Khazanah Kars (PeKa) anjuran Masoorat Heritage Park, di Gunung Masoorat, dekat sini, pada Ahad.

Mantan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP), Mohamed Shah Redza Hussein. foto MG PERAK

Dalam pada itu, Mohamed Shah Redza mengesyorkan agar usaha mewartakan kawasan hutan batu kapur sebagai kawasan perlindungan dilaksanakan ketika tamat tempoh sesuatu pajakan atau konsesi.

“Jadi usaha ini memerlukan peranan semua pihak dan pihak aktivis dan organisasi bukan kerajaan (NGO) juga bertanggungjawab untuk menasihat kepada pihak autoriti untuk terus melestarikan alam sekitar,” katanya.

Sesi forum Program Kesedaran Khazanah Kars (PeKa) anjuran Masoorat Heritage Park, di Gunung Masoorat, Ipoh. foto MG PERAK

Dalam perkembangan sama, operator kepada Masoorat Heritage Park, Pengarah Eksekutif Rimba Management & Leisure Sdn Bhd., Megat Mohd Shahrin Mohd Hamdan berkata seramai 70 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sini terlibat pada program PeKa.

Katanya ia diadakan bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan di lapangan terhadap kepentingan memelihara gua batu kapur yang berada di negara.

Menurutnya, selain forum ia juga melibatkan aktiviti lain seperti mendaki bukit, jelajah gua, serta pertandingan kandungan media sosial berhubung keunikan gua batu kapur. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI