Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama dengan Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) dalam usaha pelaksanaan program bandar pintar di Bandar Raya Ipoh.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama yang dicapai kedua-dua pihak melalui memorandum persefahaman (MoU) antara lain menggariskan usaha kolaboratif untuk mengenal pasti serta melaksanakan elemen teras bandar pintar.
Katanya, kerjasama strategik itu juga turut meliputi usaha mempertingkat infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar. -MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak