Empat lelaki ditahan terbabit judi loteri awam haram

BAGAN DATUK – Empat lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram di empat lokasi berasingan di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan sekitar jam 4.30 hingga 6.30 petang itu adalah lelaki warga tempatan berusia 32 hingga 62 tahun.

“Sepanjang serbuan dijalankan, polis berjaya merampas telefon bimbit serta pencetak mini mudah alih yang bernilai melebihi RM9,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atau lima tahun penjara jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, seramai 51 individu berjaya ditahan membabitkan kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dalam 39 serbuan di sekitar daerah ini sepanjang Jun hingga Disember tahun ini.

“Sepanjang serbuan dilakukan, pihak polis berjaya merampas wang tunai hasil perjudian tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian haram ini dan menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat untuk tindakan pembanterasan segera. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kes judi: Polis Perak lakukan 1,369 serbuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI