BERKELUASAN 225 ekar Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Lenggong kini mempunyai kira-kira 250 ekor ternakan rusa di mana lokasinya turut disepadukan dengan agrotani dan agropelancongan.
Projek yang diuruskan Koperasi Penggerak Ekonomi Lenggong Berhad (COSPEL) ini mendapat suntikan dana dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berjumlah RM8 juta bagi tempoh lima tahun.
Menjadikan perladangan rusa secara padang ragut di Padang Sadang sebagai pengkhususan, projek ini mengandungi tiga komponen iaitu ekonomi 60 peratus dan prasarana serta perumahan masing-masing 20 peratus. -MGPerak