9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi 1 Januari 2025

MOSCOW – Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025, kata pembantu Kremlin Yury Ushakov pada Isnin.

“Menjelang sidang kemuncak di Kazan, kami menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat,” katanya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Tidak dinafikan, satu daripada keputusan terpenting sidang kemuncak itu ialah penubuhan kategori negara rakan kongsi BRICS dan persetujuan mengenai senarai 13 negara. Cadangan telah dihantar ke negara-negara ini.

“Sehingga kini, Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Thailand, Uganda dan Uzbekistan telah mengesahkan kesediaan mereka untuk menjadi negara rakan kongsi BRICS,” kata Ushakov pada taklimat, sambil menambah bahawa negara ini secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Jan 2025.

“Kami menjangkakan akan menerima maklum balas dalam masa terdekat daripada empat negara lain yang jemputan juga telah dihantar,” kata pembantu itu.

Lebih daripada 20 negara menunjukkan minat terhadap usaha BRICS dan pintu persatuan itu tetap terbuka untuk kemasukan individu yang berfikiran sama, tambah Ushakov. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI