70% tiket laluan Butterworth-Hat Yai terjual untuk hari pertama

BUTTERWORTH – Sebanyak 70 peratus tiket perkhidmatan khas tren MySawasdee Edisi Penang bagi laluan Butterworth-Hat Yai-Butterworth telah terjual pada hari pertama operasi.

Ketua Tugas-Tugas Khas (Hal Ehwal Antarabangsa) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Roshidi Yahaya berkata, percubaan laluan ini bertujuan untuk menilai permintaan dan sambutan pengguna bagi perancangan pelaksanaan tren ke beberapa lokasi tumpuan di rangkaian State Railway of Thailand (SRT) pada masa akan datang.

“Tren MySawasdee Edisi Penang menawarkan operasi harian Butterworth – Hat Yai – Butterworth bermula hari ini sehingga 5 Januari depan yang menghubungkan beberapa stesen utama, termasuk Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar, Arau, dan Padang Besar.

“Sehubungan itu, kita harap jualan tiket untuk tempoh pencubaan ini mendapat sambutan mengalakkan kerana KTMB menawarkan kemudahan perjalanan yang selesa selain penumpang tidak perlu tukar tren.

“Melalui inisiatif ini juga, kita menjangkakan kemasukan pelancong dari Thailand ke Malaysia, sekali gus memberi manfaat kepada pelancongan domestik serta menyumbang pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Roshidi menyempurnakan pelepasan tren khas tersebut di Stesen Butterworth di sini.

Sempena meraikan pelepasan pertama tersebut, KTMB turut mengedarkan sebanyak 200 pek istimewa kepada para penumpang yang membuat perjalanan ke Hat Yai.

Tiket-tiket untuk tarikh yang lain masih boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kios, atau laman sesawang rasmi di www.ktmb.com.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI