Dua beradik maut dalam nahas jalan raya dengan MPV

IPOH – Dua beradik maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berhampiran persimpangan lampu isyarat, Jalan Pasir Puteh dekat sini pada Rabu.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika mangsa, Nur Amira Balqis Armi, 22, sedang dalam perjalanan untuk menghantar adiknya, Mohd Amirul, 14, ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet di sini.

Nahas jalan raya itu turut dikongsikan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How menerusi hantaran di pada laman sosial Facebook beliau.

“Kemalangan maut di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah – Jalan Pasir Puteh telah mengakibatkan kematian dua mangsa yang juga merupakan adik beradik.

“Takziah diucapkan kepada keluarga dan pihak saya akan membantu bagi urusan pengurusan jenazah mangsa yang terlibat bagi meringankan beban keluarga mangsa,” katanya pada hantaran tersebut, pada Rabu.

Dua beradik maut dalam nahas jalan raya mangsa howard lee
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipercayai terbabas dalam nahas jalan raya di Jalan Pasir Puteh, Ipoh. FOTO FB Howard Lee

Turut difahamkan mayat kedua-dua mangsa berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan akan membuat semakan berhubung nahas tersebut.

 

Artikel Berkaitan:

Ibu, anak lelaki maut nahas dua kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI