Pendaki maut sesak nafas ketika daki Bukit Kledang

IPOH – Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti mendaki Bukit Kledang di sini pada Isnin.

Difahamkan, mangsa, Low Chaw Ming, 54, sedang melakukan aktiviti berkenaan bersama seorang lagi rakan sebelum mengadu sesak nafas dan pengsan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 petang.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan kerja menyelamat.

“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan PBS Menglembu yang tiba terlebih dahulu di lokasi kejadian bertindak memberi bantuan CPR (pernafasan resutasi kardiopulmonari) kepada mangsa.

“Pegawai perubatan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi.

“Ketua operasi melaksanakan size-up (pemeriksaan) seterusnya anggota membantu pihak KKM menurunkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi terkawal sekitar jam 4.11 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 4.33 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bomba selamatkan dua lelaki sesat turun Bukit 300

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI