PPS terakhir ditutup, banjir di Perak kembali pulih

IPOH – Situasi banjir di beberapa kawasan di daerah Manjung kini pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, pada pukul 2 petang tadi.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan kesemua 31 mangsa daripada sembilan keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah lokasi bencana disahkan selamat.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta individu dan NGO yang membantu dan menyelaras PPS dengan baik sepanjang ia beroperasi,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI