KK Mart disimbah cat merah: UM buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) telah membuat laporan polis berikutan insiden premis KK Mart di dalam kampus universiti itu disimbah cat kelmarin.

UM dalam kenyataan berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut dan komited memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

“UM juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” kata UM dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut juga diminta tampil bagi membantu siasatan.

Semalam satu laporan polis juga telah dibuat oleh Polis Bantuan kampus UM berhubung insiden yang disedari kira-kira jam 12.50 tengah malam Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, pihaknya sedang menjalan siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) mengecam kejadian insiden itu dan menggesa pihak pentadbiran universiti menyiasat kejadian tersebut.

Presiden Umany, Lim Jing Jet berkata, masih belum jelas sama ada kejadian itu berkaitan dengan kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ baru-baru ini, dan mengutuk tindakan itu sebagai tindakan keterlaluan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI