Bapa didakwa rogol anak kandung sejak 10 tahun lalu ditahan

TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang mahram ke atas anak perempuannya berusia 21 tahun di sebuah rumah di Changkat Jong, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada Selasa lalu sekitar jam 11 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Hilir Perak telah menahan suspek pada jam 1.45 petang, semalam.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang di Teluk Intan dan masih bujang, telah menjadi mangsa rogol oleh ayah kandungnya sejak berusia 11 tahun.

“Siasatan lanjut turut mendapati suspek adalah seorang pekebun dan telah bercerai dengan isterinya ketika mangsa berusia enam tahun.

“Suspek disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual dan serangan seksual terhadap anak kandungnya itu serta beberapa kali didakwa telah melakukan perbuatan tersebut dengan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada 17 Januari lalu,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bapa didakwa rogol anak kandung sejak 10 tahun lalu ditahan
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri.

Beliau berkata, mangsa turut mendakwa bahawa suspek sering mengugutnya supaya tidak mendedahkan kejadian tersebut kepada sesiapa.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa telah melarikan diri dan tinggal di rumah rakannya sejak Jumaat lalu dan rakan mangsa turut menasihatinya supaya membuat laporan polis bagi memastikan keselamatannya terjamin.

“Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut semalam,“ jelasnya.

Ahmad Adnan berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan iaitu rogol.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai diminta supaya sentiasa peka terhadap kes penderaan dan serangan seksual yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini atau kes lain boleh disalurkan melalui hotline Polis Hilir Perak di talian 05-629 9222 atau mana-mana balai polis berdekatan,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bapa disyaki rogol anak kandung berusia 14 tahun ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI