Lelaki maut kemalangan, motosikal terbakar

TANJUNG MALIM – Seorang penunggang maut apabila motosikalnya terbakar setelah terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 343 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Sungkai ke Bidor awal pagi tadi.

Mangsa, Samree Sungkai, 47, dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.24 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Suzuki Raider 150 dan sebuah MPV jenis Toyota Alphard.

“Kemalangan itu mengakibatkan kebakaran pada motosikal tersebut yang musnah terbakar 90 peratus dan seorang mangsa penunggang lelaki berumur 47 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan pemeriksaan (size-up) seterusnya mengaplikasikan Konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 3.35 pagi,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPN bantu mangsa kemalangan motosikal

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI