Pengarah syarikat berpangkat Datuk didakwa pecah amanah lebih RM551,000

TAIPING – Seorang pengarah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, pada Jumaat, atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat melibatkan RM551,130, sejak lima tahun lalu.

Tertuduh, Lee Hyep Sip @ Sim , 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah itu selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai ejen iaitu pengarah syarikat didakwa melakukan pecah amanah wang syarikat dengan memasukkan wang berjumlah RM168,420 melalui melalui cek syarikat bernombor 777709, dan RM49,240 (777711) ke akaun Maybank miliknya.

Pengarah syarikat berpangkat Datuk didakwa pecah amanah tertuduh pertuduhan mahkamah wang pertuduhan
Seorang pengarah sebuah syarikat kredit komuniti berpangkat Datuk, Lee Hyep Sip @ Sim, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping, pada Jumaat, atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat melibatkan lebih RM551,000, sejak lima tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 JANUARI 2025.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Cawangan Kamunting dalam Daerah Larut, Matang dan Selama masing-masing pada 7 Mac dan 26 Ogos 2022.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan memasukan wang berjumlah RM168,220 menerusi cek syarikat bernombor 777689, dan RM72,180 (777724) masing-masing kepada dua syarikat berbeza.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 12 November 2020 dan 27 september 2023, di lokasi sama.

Sementara itu, dia juga didakwa melakukan pecah amanah wang syarikat sama dengan memasukan wang pada akaun bank Maybank milik individu lain berjumlah RM93,070 melalui cek syarikat bernombor 777728, pada 24 september 2024, di lokasi sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Bagi kelima-lima pertuduhan, Hyep Sip turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan menyalahgunakan harta melalui cek syarikat pada pihak, individu, lokasi dan tarikh sama, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, hukuman sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan, dan tiada bantahan daripada peguam Jeyakumar Palakrishnar dan Rodzim Zaimy Abdul Hamid.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan nilai berkenaan bersama seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, serta menetapkan 17 Februari untuk tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan seorang lelaki berpangkat Datuk ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes tuduhan pecah amanah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.

Difahamkan, pengarah syarikat berkenaan dikatakan turut ada memegang pelbagai jawatan dalam komuniti, termasuk di sekolah dan rumah ibadat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI