PJRM Perak catat nilai jualan RM64.1, rekod peningkatan 221 peratus

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan nilai jualan RM64.1 juta menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di seluruh negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 221 peratus berbanding 2023 mencatatkan nilai jualan berjumlah RM19.9 juta.

Menurutnya, sepanjang 2024, sebanyak 945 program PJRM berjaya dilaksanakan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 552 program.

PJRM Perak catat nilai jualan RM64.1, rekod peningkatan 221 peratus
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail pada sidang media Jualan Rahmah Madani Back to School di Ruang Legar Blok A, Bangunan Persekutuan Greentown Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 JANUARI 2025.

“Peningkatan nilai jualan itu adalah hasil jumlah bilangan pengunjung yang telah meningkat sebanyak 107 peratus dari 800,754 pengunjung kepada 1,658,225 berbanding tahun 2023.

“Dari segi penjimatan ia bergantung kepada perbelanjaan individu dan keluarga. Sebagai contoh sebuah keluarga berbelanja satu minggu sekurang-kurangnya RM200 tetapi melalui pembelian di PJRM mereka boleh berjimat antara RM30 hingga RM40.

“Contoh lain adalah beras. Biasanya beras yang dijual di pasaran sekitar RM20 tetapi di PJRM kita jual RM15. Di situ sahaja kita boleh dapat jimat antara RM4 hingga RM5 sekampit. Kita beli dua kampit maknanya kita dah jimat RM10 duit belanja.

“Itu hanya beras belum melibatkan pembelian minyak, tepung dan barangan lain. Jadi, saya yakin ini dapat membantu dalam penjimatan setiap keluarga,” katanya pada sidang media semasa meninjau PJRM Back To School di Bangunan Persekutuan, di sini hari ini.

PJRM Perak catat nilai jualan RM64.1, rekod peningkatan 221 peratus
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail menyantuni kanak-kanak ketika Jualan Rahmah Madani Back to School di Ruang Legar Blok A, Bangunan Persekutuan Greentown Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 JANUARI 2025.

Menyentuh PJRM Back To School yang diadakan di seluruh negeri sempena cuti sekolah bermula 18 Januari hingga 16 Februari depan, beliau berkata, ibu bapa dapat menyediakan kelengkapan sekolah menerusi penawaran jualan pada potongan harga antara 10 hingga 30 peratus dari harga pasaran.

“Program ini diteruskan berikutan respon positif daripada masyarakat yang selari dengan pendekatan Kementerian melalui whole of nation approach dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Pada tahun ini, sebanyak 37 PJRM Back To School telah diatur mengikut jadual dan akan dilaksanakan sepanjang cuti sekolah di seluruh Perak,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiada kawasan pembangkang dipinggir dalam Jualan Rahmah Madani di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI