Perak sasar hampir RM1 bilion hasil kutipan tanah tahun ini

IPOH – Kerajaan negeri Perak menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak menyasarkan RM991 juta hasil kutipan tanah pada tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hasil kutipan ini dijangka meningkat susulan kualiti penyampaian perkhidmatan yang dipertingkatkan melalui pendekatan Kerajaan Digital.

Menurutnya, sistem tersebut membolehkan urusan tanah dilaksanakan secara dalam talian, memudahkan rakyat dan menjimatkan masa.

“Kejayaan sistem ini dapat dilihat melalui peningkatan hasil kutipan tanah daripada RM606.6 juta pada 2020 kepada RM913.9 juta pada tahun lalu.

“Ini membuktikan keberkesanannya dalam mengoptimumkan pentadbiran tanah,“ katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari e-Tanah Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Perak sasar hampir RM1 bilion hasil kutipan tanah tahun ini
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Hari e-Tanah Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Turut sama Pengarah Tanah Dan Galian Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JANUARI 2025.

Hadir sama, PTG Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani turut memaklumkan PTG Perak memperkenalkan tiga inovasi baharu dalam memudahkan urusan berkaitan tanah.

“Tiga inovasi tersebut adalah Modul di Lapangan, sistem e-TAPS (Technical Agency Prescriptions Solution System) dan Mobile Apps e-Tanah yang akan merevolusikan pengurusan tanah,” jelasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai Hari e-Tanah Negeri Perak yang berlangsung hari ini, beliau berkata, program tersebut diadakan bagi menyokong agenda Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam memperkasakan ekonomi digital dan mendorong penggunaan teknologi dalam kalangan kakitangan awam serta rakyat.

“Saya yakin, Hari e-Tanah Negeri Perak ini akan memberi impak positif dan memastikan pentadbiran tanah terus mempamerkan prestasi yang cemerlang demi manfaat negeri dan rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak perketat syarat pindah hak milik tanah elak berlaku penyelewengan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI