Lelaki ugut bunuh Harith Iskander didakwa

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa mengugut pelawak, Harith Iskander dan keluarganya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu yang dikawal ketat polis tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi dan akan didakwa di hadapan Majistret Mageswary Subramaniam.

Harith bersama bekas isteri, Dr Jezamine Lim dan seorang peguam tiba pada jam 8.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek berusia 31 tahun akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pada 25 Januari lalu, polis menahan suspek selepas satu laporan dibuat pengurus pelawak itu di Balai Polis Dang Wangi dua hari sebelum itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI