Lebih 8,000 unit rumah mampu milik Perak disiapkan

IPOH – Sebanyak 8,825 unit rumah mampu milik di Negeri Perak berjaya disiapkan dan memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC), dalam tempoh sejak tahun 2018.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia terdiri daripada 3,460 unit Rumah Perakku I, Rumah Perakku II (1,738), dan Rumah Perakku III (3,627).

Katanya, kesemua rumah berkenaan dilaksanakan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, antaranya Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Yayasan Perak, serta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Rumah mampu milik perak negeri saarani unit rumah perakku kerajaan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Jualan Projek Rumah Perakku Pangsapuri Raflesia di Bandar Seri Botani, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2025.

“Pada tahun ini, dianggarkan sebanyak 4,450 unit rumah mampu milik dijangka siap di bawah pelaksanaan agensi-agensi yang sama.

“Sasaran ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan lebih banyak rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat Perak, selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jualan Rumah Perakku Pangsapuri Raflesia Santorini@Botani, di Bandar Seri Botani, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori; Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Mohamed Akmal Dahalan serta Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Miclebina, Ting Chee Ming.

Rumah mampu milik perak negeri saarani unit rumah perakku kerajaan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) bergambar ketika Majlis Perasmian Pelancaran Jualan Projek Rumah Perakku Pangsapuri Raflesia di Bandar Seri Botani, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2025.

Pembinaan Pangsapuri Raflesia melibatkan 1,146 unit fasa pertama dan 322 unit fasa kedua di atas tanah seluas 4.31 hektar selain dijual bermula pada harga RM170,520.

Dalam pada itu Saarani berkata, LPHP juga menjangkakan sebanyak 57,407 unit rumah diperlukan di Perak menjelang tahun 2030 dengan unjuran pecahan melibatkan 5,741 unit rumah kos rendah.

Rumah mampu milik perak negeri saarani unit rumah perakku kerajaan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninjau tapak projek pada Majlis Perasmian Pelancaran Jualan Projek Rumah Perakku Pangsapuri Raflesia di Bandar Seri Botani, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2025.

Tambah beliau, jumlah itu juga meliputi 5,741 unit rumah kos sederhana, rumah mampu milik (11,481), dan rumah harga terbuka (34,444).

Ujar beliau lagi, Jadual Stok Harta Kediaman Suku Ketiga Tahun 2024 daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) melaporkan sebanyak 37,651 unit rumah dikategorikan sebagai ‘incoming supply’ atau penawaran akan datang.

“Unit-unit ini sedang dalam proses pembinaan, tetapi Sijil Penyiapan dan Pematuhan masih belum dikeluarkan.

“Pada masa yang sama, terdapat 42,637 unit rumah yang dikategorikan sebagai ‘planned supply’ atau penawaran dirancang.

“Ini merangkumi rumah-rumah yang telah mendapat kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa tempatan, tetapi pembinaan fizikalnya masih belum dimulakan,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

53 orang pembeli Rumah Perakku I terima surat tawaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI