Sambutan Hari Guru: Sultan Nazrin tunai solat Jumaat bersama pelajar, warga pendidik

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat bersama lebih daripada 2,000 jemaah termasuk pelajar dan warga pendidikan bersempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah.

Sultan Nazrin Tunai Solat Jumaat Bersama Warga Pendidik Hari Guru: Sultan Nazrin Solat Jumaat Bersama 2,000 Jemaah Sultan Nazrin Berangkat Ke Masjid Negeri Sempena Hari Guru Sultan Nazrin Solat Jumaat Hari Guru Hari Guru Kebangsaan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Masjid Negeri Perak, warga pendidik Perak, khutbah Jumaat guru, JAIPk, MAIPk, guru berhikmah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Doa dan Khutbah Jumaat Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 MEI 2024.

Sultan Nazrin menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah dengan solat diimamkan Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II, Abd Farid Salleh.

Mohd Azam yang menjadi antara 625 warga pendidik dan guru yang diperkenankan Sultan Nazrin dengan diberikan tauliah khatib khas sebelum itu membacakan teks khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Guru Berhikmah Membina Insan Sejahtera’.

Antara intipati teks berkenaan adalah, guru yang mendidik secara berhikmah, berupaya menghasilkan warga yang berhikmah, berilmu dan beradab, di samping mampu menjaga hubungan baik sesama manusia dan alam.

Sultan Nazrin Tunai Solat Jumaat Bersama Warga Pendidik Hari Guru: Sultan Nazrin Solat Jumaat Bersama 2,000 Jemaah Sultan Nazrin Berangkat Ke Masjid Negeri Sempena Hari Guru Sultan Nazrin Solat Jumaat Hari Guru Hari Guru Kebangsaan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Masjid Negeri Perak, warga pendidik Perak, khutbah Jumaat guru, JAIPk, MAIPk, guru berhikmah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Doa dan Khutbah Jumaat Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 MEI 2024.

Menerusi teks yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu, antara lima ciri guru yang berhikmah adalah kejayaan menggabungkan ilmu dan akhlak, mendidik dengan ikhlas, serta prihatin dan peka dengan keperluan murid.

Selain itu ciri-ciri lain pula adalah Sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran serta, tidak hanya menyasarkan kecemerlangan pencapaian akademik tetapi memastikan anak didik cemerlang sahsiah.

Sultan Nazrin Tunai Solat Jumaat Bersama Warga Pendidik Hari Guru: Sultan Nazrin Solat Jumaat Bersama 2,000 Jemaah Sultan Nazrin Berangkat Ke Masjid Negeri Sempena Hari Guru Sultan Nazrin Solat Jumaat Hari Guru Hari Guru Kebangsaan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Masjid Negeri Perak, warga pendidik Perak, khutbah Jumaat guru, JAIPk, MAIPk, guru berhikmah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Doa dan Khutbah Jumaat Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 MEI 2024.

Pada masa sama, teks khutbah menekankan bahawa Islam mengangkat tinggi martabat guru, serta meletakkan guru bertaraf mulia sesuai dengan kedudukan ilmu.

“Hargailah guru-guru yang begitu besar jasa mereka dalam hidup kita. Tunjukkan adab berterima kasih kepada guru dengan menghormati mereka dan menghargai jasa mereka, serta mendoakan kesejahteraan mereka.

“Ummah hendaklah bersama-sama bersedia berganding bahu dan memberi sokongan kepada guru dalam usaha mewujudkan warga yang berilmu dan berpengetahuan,” ujar teks khutbah yang turut dibacakan di semua masjid dan surau diri Jumaat di Perak.

Terdahulu berlangsung program motivasi kerohanian murid sebelum disusuli dengan acara bacaan surah Yasin, tahlil serta doa selamat yang diketuai Abd Farid. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin perkenan 625 guru baca khutbah Jumaat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI