Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat bersama lebih daripada 2,000 jemaah termasuk pelajar dan warga pendidikan bersempena dengan dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), di sini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SultanPerak #SultanNazrinMuizzuddinShah #sambutanHariGuruPeringkatKebangsaan





