Sasaran 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa mampu dicapai – Zambry

TANJUNG MALIM – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus meneroka peluang kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi dengan pelbagai negara luar terutama bagi meningkatkan mobiliti pelajar antarabangsa ke negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, justeru beliau yakin sasaran 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa ke negara ini mampu dicapai dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Kita melihat keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia didorong dengan kualiti pendidikan tinggi, di samping kedudukan membanggakan universiti-universiti tempatan yang ternama menjadi kekuatan bagi negara kita.

“Kita menjangkakan bahawa dalam tempoh beberapa tahun ini juga, jumlah kehadiran atau mobiliti pelajar antarabangsa ke Malaysia akan bertambah, dan seterusnya sasaran yang diletakkan mampu dicapai,” katanya.

KPT 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa Zambry universiti Uzbekistan malaysia pendidikan tinggi
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika sidang media pada Program Wadah dan Forum Pendidikan Tinggi antara Malaysia dan Uzbekistan Kali Pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 FEBRUARI 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Wadah dan Forum Pendidikan Tinggi Kali Pertama antara Malaysia dan Uzbekistan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan, Konratbay Sharipov serta Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff.

KPT 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa Zambry universiti Uzbekistan malaysia pendidikan tinggi
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir (kanan) ketika sidang media pada Program Wadah dan Forum Pendidikan Tinggi antara Malaysia dan Uzbekistan Kali Pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 FEBRUARI 2025.

Mengulas lanjut Zambry berkata, kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Uzbekistan dilihat mampu memberi impak positif yang besar terutama terhadap bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.

Jelas beliau, usaha mobiliti antarabangsa berkenaan juga turut akan melibatkan pertukaran tenaga pakar seperti ahli akademik dan penyelidik antara Malaysia dengan negara tersebut.

Tambah Zambry, Uzbekistan merupakan pintu masuk ke Asia Tengah yang dikelilingi negara-negara besar di samping turut mempunyai tenaga pakar dalam pelbagai bidang seperti sains sosial, kejuruteraan, dan teknologi.

“Langkah yang diambil ini merupakan kerjasama peringkat negara dengan negara atau G2G, yang mana kita yakin ia akan memberikan hasil postif besar dalam hubungan pendidikan tinggi Malaysia-Uzbekistan,” katanya lagi.

KPT 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa Zambry universiti Uzbekistan malaysia pendidikan tinggi
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan, Yang Terutama Konratbay Sharipov melawat reruai pameran pada Program Wadah dan Forum Pendidikan Tinggi antara Malaysia dan Uzbekistan Kali Pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 FEBRUARI 2025.

Forum bertemakan ‘Uzbekistan-Malaysia: Peluang dan Inisiatif untuk Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dalam Pendidikan Tinggi’ itu dianjurkan KPT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan.

Ia dianjurkan sebagai memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, terutamanya dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) iaitu memastikan pendidikan berkualiti, inklusif, dan kebersamaan untuk semua.

Pada program berkenaan, 10 universiti dari Malaysia dan 26 universiti dari Uzbekistan bertukar-tukar memorandum persefahaman, surat hasrat dan surat perjanjian.

Ia disempurnakan antara Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman dengan Pengarah Pusat Bidang Pendidikan Uzbekistan, Adham Khudaikulov sambil disaksikan Zambry dan Sharipov.

Di samping itu, forum turut menyaksikan penubuhan Konsortium Pendidikan Tinggi Antara Malaysia-Uzbekistan (MUHEC) yang diterajui oleh UPSI, sebagai platform untuk menggalakkan mobiliti akademik, projek penyelidikan bersama, dan perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan tinggi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPT sedang pikat tenaga pengajar tempatan di luar negara kembali ke Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI