Menjelang Thaipusam: Bekalan kelapa kurang, harga meningkat

IPOH – Menjelang Thaipusam yang akan disambut oleh penganut Hindu pada 11 Februari ini, harga kelapa didapati melonjak naik berikutan kekurangan bekalan.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak pada hari ini mendapati, harga sebiji kelapa dijual di antara RM2 sehingga RM3 sebiji mengikut gred.

Menjelang Thaipusam: Bekalan kelapa kurang, harga meningkat
Pemborong M Jacob Enterprise, M Jacob, 64, menunjukkan bekalan kelapa berkurangan menjelang Thaipusam yang akan disambut oleh penganut Hindu pada 11 Februari ini, ketika tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2025.

Pemborong, M Jacob, 64, yang mengusahakan perniagaan kelapa (M Jacob Enterprise) sejak 27 tahun berkata, tidak dinafikan bekalan buah itu pada tahun ini amat berkurangan.

“Bekalan kelapa sedikit dan harga semakin tinggi. Pembekal juga memaklumkan ia sukar diperoleh kerana kurang menghasilkan buah.

“Selalu pada waktu Thaipusam, saya akan mengedar antara 5,000 hingga 15,000 biji kelapa kepada pelanggan namun pada tahun ini ia diedarkan dalam kuantiti yang sedikit.

Menjelang Thaipusam: Bekalan kelapa kurang, harga meningkat
Pemborong M Jacob Enterprise, M Jacob, 64, menunjukkan bekalan kelapa berkurangan menjelang Thaipusam yang akan disambut oleh penganut Hindu pada 11 Februari ini, ketika tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2025.

“Harga sebiji kelapa juga sudah meningkat berbanding ketika saya mula masuk kerja dahulu. Pada zaman itu, harga untuk sebiji kelapa hanya 65 sen hingga RM1.

“Sekarang, harganya sekitar RM2.20 sebiji dan pelanggan pun takut untuk membeli sebab mahal. Kerana sebelum ini buah itu dijual sekitar RM1.70 hingga 1.80 sebiji.

“Buah kelapa ini juga turut dikategorikan mengikut gred A,B,C dengan harga RM2.20, RM2.50 dan RM3 sebiji,” katanya yang memperoleh bekalan dari Bagan Datuk.

Menjelang Thaipusam: Bekalan kelapa kurang, harga meningkat
Temubual, Dr M Indiran, 63. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2025.

Pelanggan, Dr M Indiran, 63, berkata, selama ini memang kita ada isu dengan bilangan kelapa yang terlalu banyak digunakan pada hari perayaan Thaipusam ini kerana pengikut Dewa Murugan akan membayar nazar menggunakan buah tersebut.

“Kalau kita lihat penawaran dan permintaan kelapa buat masa ini sangat terhad di mana harganya sudah mula naik dan bekalan yang dihantar kepada peniaga mula semakin berkurangan.

“Mungkin ini disebabkan permintaan yang terlalu tinggi dan mungkin ada peniaga yang sengaja tunggu sehingga fasa terakhir untuk menaikkan harga,” dakwanya.

Dalam pada itu, Indiran juga yakin bahawa pihak kerajaan sedar akan masalah kekurangan kelapa yang berlaku.

“Mereka (kerajaan) mungkin boleh membantu dengan mengimport segera (kelapa) untuk pastikan mereka yang menyambut Thaipusam dapat menggunakan kelapa untuk membayar nazar,” ujarnya.

Menjelang Thaipusam: Bekalan kelapa kurang, harga meningkat
J Larren, 30. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2025.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan, J Larren, 30, meluahkan keresahan selepas gagal mendapatkan kelapa dari beberapa peniaga sekitar Ipoh akibat kekurangan bekalan buah tersebut.

“Hampir tiga hingga empat kedai memaklumkan stok kelapa semakin kurang. Harga pun tidak menentu dan kena tunggu Thaipusam dekat baru tahu harga sebenar.

“Sebelum ini, harga hanya RM1.50 tapi apabila perayaan Thaipusam semakin dekat harga boleh meningkat sehingga RM3 sebiji.

“Dekat kebun pun sudah kurang, kalau pesan stok 1,000 biji  baru dapat sekitar 200 biji sahaja,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Harga kelapa, santan dijangka meningkat bulan Ramadan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI