MGPerak: Bekas Pembantu Rumah Buat Keterangan Palsu Dirogol Paul Yong Untuk Pulang Ke Indonesia

49

IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu, diberitahu bahawa bekas pembantu rumah kepada Paul Yong Choo Kiong membuat kenyataan palsu berhubung kes rogol ke atas dirinya oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu pada pada 2019.

Peguam dari Indonesia, Pathurrahman, 58, berkata, perkara itu dimaklumkan wanita itu ketika datang ke pejabatnya di Sumbawa, di Nusa Tenggara Barat pada 20 Mei tahun lalu.

Beliau yang juga merupakan saksi pembelaan tambahan berkata, bekas pembantu rumah yang berusia 24 tahun itu memaklumkan kepadanya bahawa wanita itu bertindak demikian kerana mahu pulang ke kampung halaman di Indonesia. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini