Larangan jual, minum arak sempena Thaipusam berjaya dilaksanakan

IPOH – Larangan penjualan dan pengunaan minum keras oleh Kerajaan Negeri Perak di semua lokasi perarakan sempena sambutan perayaan Thaipusam seperti yang diumumkan sebelum ini berjaya dilaksanakan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia,Intergrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, ia adalah hasil kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pihak berkaitan di negeri ini.

Justeru, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi kerajaan khususnya polis, bomba dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang memberi kerjasama penuh dalam usaha menghalang sebarang penjualan dan penggunaan arak di semua lokasi perarakan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan iaitu PDRM, bomba, MBI dan sebagainya yang telah beri kerjasama sepenuhnya.

400,000 pengunjung hadir sambut Thaipusam, larangan jual arak berjaya dilaksanakan
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

“Ini adalah negeri pertama di mana kita isytiharkan jalan-jalan yang dilalui untuk perarakan kavadi dan chariot (pedati) tidak boleh jual atau minum arak sepanjang perjalanan.

“Aduan berhubung perkara ini (jualan dan pengambilan minuman keras) juga pernah dibawa kepada saya oleh pihak polis pada (sambutan Thaipusam) masa lalu.

“Jadi kali ini kita telah berjaya. Tidak ada kes-kes di mana penjualan ataupun mereka yang minum minuman arak di sepanjang jalan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Thaipusam 2025 negeri Perak di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choy Tsi Jen.

400,000 pengunjung hadir sambut Thaipusam, larangan jual arak berjaya dilaksanakan
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

Pada 6 Februari lalu, media melaporkan kerajaan negeri melarang sebarang aktiviti penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati dan kavadi sempena sambutan Thaipusam di seluruh negeri ini.

Sivanesan berkata, larangan yang pertama kali dilaksanakan itu adalah susulan aduan berhubung gangguan terhadap penganut Hindu dan pengunjung berikutan daripada pengambilan minuman keras pada perayaan itu sebelum ini.

Sementara itu, Sivanesan memaklumkan, kira-kira 400,000 penganut Hindu termasuk pengunjung termasuk penganut Hindu membanjiri Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, di sini semasa sambutan Thaipusam yang bermula semalam dan berakhir esok.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak larang jual, minum arak di lokasi sambutan Thaipusam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI