MGPerak: Padah Berswafoto Di Hadapan Pencawang Setiap Kali Selesai Curi Kabel

105

TELUK INTAN – Seorang bekas juruteknik pencawang syarikat telekomunikasi yang dipercayai terlibat dalam enam kes kecurian kabel sejak Januari tahun ini diberkas di Taman Industri Anson, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan ketika berada di dalam kereta jenis Proton Gen-2 dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 2.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui beberapa barangan yang disyaki berkaitan dengan aktiviti jenayah tersebut. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini