Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR

KAMPAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman atau Hospital UTAR, di sini, pada Rabu.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta Canselor UTAR, Tun Dr Ling Liong Sik.

Hospital yang mula beroperasi sejak tiga tahun lalu itu dibina melibatkan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM300 juta dengan ia merangkumi kos penyediaan kemudahan dan peralatan.

Hospital UTAR Perkhidmatan Perubatan Tradisional Pesakit Pusat rawatan Perak Kesihatan Pakar
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar, pada Rabu.
Turut mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Canselor UTAR, Tun Dr Ling Liong Sik.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Hospital UTAR dilengkapi dengan perkhidmatan di Pusat Pakar Perubatan dan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari atau T&CM Centre.

Selain itu ia turut menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam, ambulans, klinik pesakit luar, saringan kesihatan, endoskopi, bilik pembedahan dan sebagainya.

Pengerusi Lembaga Pengelola Hospital UTAR, Tan Sri Dr Chuah Hean Teik ketika menyampaikan sembah ucapan berkata, selain menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada warga setempat, hospital turut menerima kehadiran pesakit dari luar Perak.

Hospital UTAR Perkhidmatan Perubatan Tradisional Pesakit Pusat rawatan Perak Kesihatan Pakar
Pengerusi Lembaga Pengelola Hospital UTAR, Tan Sri Dr Chuah Hean Teik

Kata beliau, Hospital UTAR menerima 35,000 kunjungan pesakit bagi perkhidmatan di Pusat Pakar Perubatan, setakat Disember lalu.

“Pusat T&CM UTAR meliputi tiga cabang utama perubatan tradisional, iaitu Perubatan Tradisional Cina, Tradisional India atau Ayurveda, dan Tradisional Melayu.

“Ia mula menawarkan perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina (TCM) pada April 2022. Sehingga Januari 2025, pusat ini telah menerima lebih daripada 100,000 kunjungan pesakit.

“Para pesakit ini datang dari pelbagai kawasan di Perak, serta dari negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Melaka,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin rasmi Menara LHDN Teluk Intan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI