Sultan Nazrin zahir ucapan tahniah dan penghargaan kepada menteri dan warga KPKT atas kejayaan 2024

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah menerima mengadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Perak Changkat, di sini, petang semalam.

Dalam perjumpaan tersebut, Kor Ming membentangkan Kad Laporan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tahun 2024 yang menggariskan siri kejayaan kementerian serta agensi-agensi di bawahnya.

Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada menteri serta seluruh warga KPKT atas prestasi cemerlang dan kejayaan yang dicapai, termasuk mengungguli Anugerah Pembangunan Negara buat kali pertama.

“Tahniah atas kejayaan memenangi Anugerah Pembangunan Negara 2024,” maktub baginda.

Pada masa yang sama, Kor Ming mempersembahkan cenderamata yang disediakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang melambangkan metamorfosis dan bermakna reformasi ke arah menjadi insan yang lebih baik.

Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Nga Kor Ming dan menzahirkan tahniah atas siri kejayaan dan kecemerlangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Anugerah Pembangunan Negara 2024
Sultan Nazrin berkenan menerima menghadap Menteri KPKT Nga Kor Ming dan menzahirkan tahniah atas siri kejayaan dan kecemerlangan Kementerian KPKT.

Pada 2024, KPKT melaksanakan pelbagai projek untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat termasuk membaik pulih 4,814 unit rumah serta membina 245 unit rumah baru bagi golongan berpendapatan rendah dengan peruntukan berjumlah RM 104.4 juta.

Selain itu, kementerian juga meluluskan pembinaan 7,243 unit MyKiosk di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam tempoh dua tahun bagi meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan ribuan usahawan mikro, kecil, dan sederhana.

Setakat Disember 2024, KPKT berjaya memulihkan 927 projek atau 112,747 unit perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM92.48 bilion dalam tempoh dua tahun melalui Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai. – MGPerak

ARTIKEL BERKENAAN:

KPKT, MOTAC kerjasama jadikan pasar awam lokasi tarikan pelancong

KPKT laksana 6,611 projek pembangunan, peruntukan hampir RM1 bilion

KPKT salur hampir RM7 juta untuk 11 projek di Kampar

KPKT rancang pinda akta, hukuman berat buang sampah

KPKT peruntuk RM14 juta bina semula pasar Pasir Pinji Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI