BN mungkin umum calon PRK Ayer Kuning lebih awal

BAGAN DATUK – Barisan Nasional (BN) berkemungkinan mengumumkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning seminggu lebih awal dari tarikh penamaan calon pada 12 April depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi BN dan UMNO Negeri.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan MB Perak selaku Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Perak dan kita ketahui bahawa 12 April merupakan tarikh penamaan calon.

“InsyaAllah kita akan umumkan secara rasmi (calon BN) mungkin seminggu awal,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Ihya’ Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, pada Isnin.

Sementara itu, ditanya mengenai koordinasi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Dun Ayer Kuning, Presiden UMNO itu berkata, perbincangan tidak formal dikalangan kepimpinan kedua-dua parti telah diadakan.

Beliau berkata, BN juga telah mengadakan perbincangan bersama parti komponennya dan menemui persefahaman dalam kalangan mereka.

“Datuk M. Saravanan ada menghubungi saya, pemimpin MCA Negeri juga ada menghubungi saya.

“Saya juga telah berbincang dengan jawatankuasa ‘War Room’ diperingkat nasional mengenai gerak kerja yang telah dijalankan,” katanya.

Ahmad Zahid juga memaklukan calon yang mewakili BN pada PRK berkenaan akan dipilih daripada senarai pendek yang dikemukakan BN Negeri Perak.

Jumaat lalu, media melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BN tidak pilih calon ‘payung terjun’ PRK Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI