Deretan air balang 40 jenis pelbagai variasi perisa mewarnai gerai Ayor Akak antara tumpuan pengunjung di Bazar Ramadan Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) di Meru Raya di sini.
Nama yang diberikan bagi setiap jenis air juga cukup unik antaranya, ayor sia-sia pengorbanan (buah naga), ayor bohongi hati (cha ba ang), ayor penjaga hati (epal asam boi) dan ayor rumah singgah (cappuccino).
Pemilik gerai Ayor Akak, Noor Aziah Yaakub, 53, berkata, nama air tersebut adalah cetusan idea anak bongsunya. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak