Jangan curi simpan di rumah lain – Anwar

BAGAN SERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin negara agar tidak mencuri wang rakyat dan menyimpan di rumah.

Anwar dalam ucapannya berkata, negara bakal rosak sekiranya Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhasrat untuk mengayakan diri mereka sendiri.

“Saya tidak ambil gaji sebab apa? Saya nak tunjukkan bahawa bukan semua menteri cari duit. Gaji itu hak dan kalau orang ambil gaji itu haknya.

“Tapi jangan curi simpan di rumah-rumah lain. Tak Boleh. Jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan kerjanya nak kayakan diri. Tak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tambah Anwar, dakwaan bahawa dia berdendam tidak benar sama sekali memandangkan beliau kini sudah menjadi Perdana Menteri dan mempunyai tanggungjawab besar.

“Ada orang kata ini pasal dendam, marah. Dendam apa? Saya sudah jadi Perdana Menteri, nak bergaduh apa lagi?.

“Tanggungjawabjawab, saya nak jaga duit rakyat ini, balik kepada rakyat,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI