Polis merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1.61 juta dan menahan tiga lelaki tempatan membabitkan sindiket pengedaran dadah berasingan di Perak dan Lembah Klang, minggu lalu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, serbuan pertama dijalankan pihaknya di sebuah rumah kayu di Ulu Bernam, dekat sini, 12 Mac lalu.
Katanya, hasil serbuan di makmal haram sekitar jam 10 malam itu pihaknya berjaya menahan seorang lelaki yang sedang memproses dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 27.05 kilogram (kg), cecair ketamin (40 liter) serta syabu (1.8 kg). – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak