Memasang pelita panjut yang dinyalakan dengan minyak tanah merupakan sebahagian tradisi masyarakat Melayu di kampung-kampung tatkala Ramadan memasuki 10 malam terakhir.
Seiring dengan perubahan zaman, cahaya tradisi yang dikenali sebagai menyambut ‘malam tujuh likur’ semakin malap apabila masyarakat mula berhijrah ke bandar.
Atas dasar mahu terus mengekalkan resam Melayu itu, penduduk Medan Klebang Pertama, dekat sini mengambil inisiatif menyalakan pelita panjut di kawasan perumahan berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #malaysiamadani