Pejalan kaki parah tersepit bawah kereta selepas dilanggar BMW

IPOH – Seorang pejalan kaki cedera parah selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran Hard Rock Cafe di Jalan Sultan Iskandar, di sini, pada malam Rabu.

Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun tersepit di bawah kereta jenis BMW yang dipandu oleh seorang wanita.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, panggilan kejadian di terima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh pada pukul 9.24 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba dari BBP Ipoh kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.30 malam.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian terdapat kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang melanggar seorang pejalan kaki lelaki.

“Mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan dan mengalami kecederaan, manakal pemandu wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota bomba kemudiannya segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi diketui oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahman Abdullah dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 malam,” katanya. -MG Perak

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI