Polis kesan individu baling molotov cocktail lima kali

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai membaling bom petrol atau molotov cocktail sebanyak lima kali di sebuah kediaman di Kampung Rapat, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya telah menerima lima laporan polis daripada seorang wanita warga emas berusia 62 tahun berhubung kejadian tersebut antara 26 Mac hingga 4 April lalu.

Menurutnya, siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati, mangsa memaklumkan telah menerima ugutan melalui nota untuk menjelaskan hutang yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah.

“Selain itu, bom petrol turut dibaling ke dalam kawasan rumah itu sebanyak lima kali.

“Pemeriksaan yang dijalankan turut menemui kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu hadapan dan dinding,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, polis sedang giat mengesan suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan S. Dasarathan di talian 012-564 4485,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anak buat pinjaman along, rumah keluarga dibaling molotov cocktail

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI