500 ibu bapa, pelajar sertai Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli

TAPAH – Kira-kira 500 pelajar dan ibu bapa menyertai Program Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli yang berlangsung di Dewan Seri
Bitara, Sekolah Menengah Sains Tapah di sini, pada Khamis.

Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan berkata, program anjuran pihaknya itu sebagai usaha untuk memperkasakan pendidikan anak-anak Orang Asli.

Katanya, inisiatif Yayasan Perak itu juga dalam memastikan golongan berkenaan dapat mengakses peluang pendidikan yang lebih baik bagi masa depan yang cerah.

Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli Perak Pendidikan Orang Asli Perak Yayasan Perak seminar pendidikan Saarani Mohamad pendidikan Orang Asli Nasreen Khanum Nawab Zadah Murid Orang Asli Perak Program motivasi pelajar Orang Asli Forum kejayaan anak Orang Asli
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika bergambar kenangan pada Program Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli di Sekolah Menengah Sains Tapah, pada Khamis. Turut sama Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 APRIL 2025.

“Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa (masyarakat Orang Asli) tentang peranan mereka dalam menyokong pendidikan anak-anak.

“Pada masa sama, memberi motivasi kepada mereka agar lebih peka terhadap cabaran yang dihadapi oleh anak-anak Orang Asli dalam melanjutkan pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Program itu dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dan turut hadir Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun, serta Exco Pendidikan,
Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Dalam pada itu Nasreen Khanum berkata, penganjuran dua forum bertajuk ‘Kejayaan Anak Bermula Dari Rumah – Sokongan Ibu Bapa, Kunci Masa Depan Anak’ dan ‘Dari Rimba ke Menara – Kisah Inspirasi Bersama Mahasiswa yang Berjaya’ merupakan pengisian program berkenaan.

Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli Perak Pendidikan Orang Asli Perak Yayasan Perak seminar pendidikan Saarani Mohamad pendidikan Orang Asli Nasreen Khanum Nawab Zadah Murid Orang Asli Perak Program motivasi pelajar Orang Asli Forum kejayaan anak Orang Asli
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Program Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli di Sekolah Menengah Sains Tapah, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 APRIL 2025.

Kata beliau, antara fokus pada forum adalah peranan ibu bapa sebagai pendorong kepada kejayaan masa depan anak, isu sosial, serta motivasi kepada anak Orang Asli untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Tambah Nasreen Khanum, seminar ini bukan sahaja berperanan sebagai platform dialog dan kesedaran, tetapi juga sebagai pencetus perubahan dalam komuniti.

“Kita mahu ibu bapa melihat pendidikan sebagai satu-satunya jalan keluar daripada kemiskinan dan kitaran sosial yang membelenggu.

“Yayasan Perak akan terus mendekati komuniti Orang Asli agar tiada anak yang tercicir kerana kekangan keluarga atau tekanan sosial termasuk perkahwinan awal.

“Program ini diharap menjadi pemangkin kesedaran serta tindakan proaktif daripada semua pihak untuk memastikan anak-anak Orang Asli tidak terus tercicir dalam pendidikan,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

217 KIR orang asli terima bakul makanan sumbangan SKM

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI