Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek menyerahkan kepada pihak polis berhubung laporan yang dibuat ke atasnya pada Isnin.
Laporan polis dibuat Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak berhubung dakwaan Abd Muhaimin memanipulasi kelayakan bagi memperoleh tauliah mengajar agama di negeri ini.
Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah itu berkata, beliau bersedia untuk memberikan kerjasama sekiranya dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak