Isu ladang babi: Pengundi jangan terperangkap fitnah PN

TAPAH – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan tindakan Perikatan Nasional (PN) memainkan naratif bersifat perkauman dan agama sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning berlangsung.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan boleh menjurus kepada perpecahan kaum.

“Itu memang sudah menjadi darah daging mereka memfitnah dan membuat tuduhan liar.

“Orang di sini yang juga pengundi faham kawasan tempatan mereka, penduduk Tanjung Keramat sendiri tahu bahawa itu tidak benar.

“Jangan terperangkap dengan fitnah-fitnah sebegini yang memainkan isu sentimen-sentimen serta boleh menimbulkan kegusaran, keresahan masyarakat.

“Kita juga jangan dengar tuduhan dan fitnah sebegini kerana ia boleh menjurus kepada perpecahan kerana negara kita negara yang berbilang kaum dan mempunyai undang-undang,” katanya selepas selesai menziarah pengundi sekitar Kampung Batu Masjid bersama calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan PN yang menggesa kerajaan Perak menutup ladang babi haram serta-merta dan memindahkan premis yang berhampiran Kampung Tanjung Keramat dekat Air Kuning ke lokasi lebih sesuai.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Hasan menjelaskan jika ladang berkenaan beroperasi tanpa lesen, kerajaan negeri pasti akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kalau beroperasi tanpa lesen, kerajaan negeri perlu ambil tindakan tapi macam saudara kata tadi (ladang babi tersebut). Jadi saya yakin tak jadi masalah kepada orang kampung,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kemenangan PN di Sungai Bakap tidak akan kembali di Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI