Naratif PN tidak berkesan, toleransi Melayu tinggi- Saravanan

TAPAH – Naratif berlandaskan isu yang remeh dimainkan Perikatan Nasional (PN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning tidak berkesan kepada pengundi terutamanya Melayu yang menunjukkan sikap toleransi.

Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan berkata, usaha parti lawan membawa isu kandang babi dan insiden paip pecah di Taman Bunga Raya dalam kempen PRK sekadar cubaan mengalihkan mengalihkan perhatian daripada isu besar iaitu soal pembangunan rakyat.

Beliau berkata, PN seharusnya membawa soal pembangunan di Tapah serta kewibawaan calon masing-masing dalam berkempen bagi merebut kerusi yang dipertandingkan.

“Janganlah gunakan isu-isu kecemasan sebagai alasan. Kita sepatutnya bincang mengenai pembangunan. Bukanlah kalau ada paip bocor kerana mana-mana tempat ada paip bocor Putrajaya pun ada.

“Kita jangan gunakan ni kita kena gunakan dari segi skop pembangunan kewibawaan calon dan sebagainya,” katanya selepas hadir pada Kejohanan Bola Sepak Grassroots U8, U10, U12 Piala Datuk Seri M Saravanan di Stadium Tun Ahmad Sarji di sini, pada Sabtu.

Hadir sama calon BN Mohamad Yusri atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri.

Mengulas mengenai isu kandang babi yang dibangkit PN Saravanan menyoal tindakan berkenaan memandangkan pihak lawan boleh membawa soal tersebut tanpa perlu menunggu PRK.

“Kalau betul-betul mereka nak jadi ‘champion hero’, sepatutnya mereka mulakan lebih awal tak perlu tunggu PRK dan itu akan menunjukkan keikhlasan mereka.

“Isu ini tidak ada orang Tapah protes. Sebagai wakil rakyat selama berpenggal saya kena mengaku sikap toleransi orang-orang Melayu cukup tinggi. Kalau tidak, mereka tidak akan terima saya sebagai wakil rakyat daripada India empat penggal.

“Di sini (Tapah) ada wakil rakyat dari kaum Cina, India dan Melayu di mana ia jelas menunjukkan perpaduan di antara kita. Tapah satu-satunya ‘role model’ untuk negara bagaimana rakyat perlu memilih wakil mereka,” katanya.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan sebelum ini menasihati pengundi Ayer Kuning supaya tidak terperangkap dengan tindakan PN memainkan naratif bersifat perkauman dan agama sepanjang kempen PRK. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI