IPOH – Kerajaan Perak menafikan dakwaan pembangkang bahawa lokasi ladang ternakan babi di Kampung Tanjung Keramat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, terletak berhampiran penempatan penduduk dan masjid di kawasan berkenaan.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, sebaliknya jarak ladang itu lebih jauh daripada dakwaan pihak pembangkang. -MGPerak