Bapa anggota FRU hampir pitam ketika semadikan anak

IPOH – Bapa kepada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Sarjan S Perumal, yang maut bersama lapan anggota lain di Teluk Intan hampir pitam ketika upacara persemadian anaknya, di Krematorium Buntong, dekat sini, pada Rabu.

M Sugunanathan, 68, tidak dapat menahan sebak dan kelihatan lemah sehingga terpaksa ditenangkan serta dipapah anggota keluarga sepanjang upacara itu berlangsung.

Terdahulu kenderaan yang membawa jasad Perumal tiba di pekarangan Krematorium Buntong dari kediaman keluarganya di Bandar Lahat Mines, sekitar jam 5 petang dengan diiringi kenderaan polis.

bapa anggota FRU pitam pengebumian anggota FRU, kemalangan FRU Teluk Intan, tragedi trak FRU Perak, Sarjan S Perumal, nahas FRU Sungai Lampam Sarjan S Perumal Krematorium
Bapa mendiang, M Sugunanathan, 68, tidak dapat menahan sebak pada majlis penghormatan terakhir anaknya, mendiang Sarjan S. Perumal di Krematorium Buntong, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2025.

Jasad mendiang diiringi dan diusung oleh pasukan FRU sebelum Jalur Gemilang yang menyelimuti keranda mendiang disampaikan Inspektor Water Cannon Kru 5A FRU, Asisten Superintendan (ASP) S Sivakumar kepada Sugunanathan.

Mendiang yang berusia 44 tahun kemudian disemadikan dengan cara dibakar bermula pada jam 5.45 petang selepas selesai upacara keagamaan mengikut agama Hindu.

Suasana hiba dan pilu mengiringi upacara pengebumian Perumal yang dihadiri kira-kira 100 orang dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan.

bapa anggota FRU pitam pengebumian anggota FRU, kemalangan FRU Teluk Intan, tragedi trak FRU Perak, Sarjan S Perumal, nahas FRU Sungai Lampam Sarjan S Perumal Krematorium
Inspektor Water Cannon Kru 5A FRU, Asisten Superintendan (ASP) S Sivakumar (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada bapa mendiang, M Sugunanathan, 68 (tengah) sebagai simbolik penghargaan kerajaan terhadap jasa bakti dan pengorbanan mendiang Sarjan S. Perumal, 44, pada majlis penghormatan terakhir di Krematorium Buntong, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2025.

Pada Selasa, sembilan anggota FRU maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah trak FRU dan lori bermuatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan.

Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi mereka bersama 18 anggota FRU sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan Op Chariot sempena perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Ketika tiba di tempat kejadian, Kenderaan FRU Unit 5 Sungai Senam tersebut telah dirempuh sebuah lori bermuatan batu dari arah bertentangan selepas dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng.

 

Artikel Berkaitan:

Nahas FRU: Pemandu lori batu direman empat hari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI