PDRM akan bentang SOP penugasan baharu polis dalam masa terdekat

TELUK INTAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu membabitkan penugasan pasukan polis, termasuk konvoi yang lebih selamat dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, justeru satu jawatankuasa khas telah dibentuk hadir perbincangan bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi meneliti semula aspek keselamatan anggota polis.

Katanya, penelitian itu bukan hanya melibatkan penugasan dalam Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), tetapi merangkumi Pasukan Gerakan Am (PGA), penggunaan kenderaan pengiring dan pengangkutan bagi orang kena tahan (OKT) serta pengangkutan pelajar anak anggota polis.

SOP baharu PDRM, SOP keselamatan konvoi polis insiden FRU Teluk Intan nahas polis Teluk Intan Ketua Polis Negara Razarudin reformasi keselamatan PDRM kebajikan anggota polis trak polis kemalangan PDRM tingkatkan insurans
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain melawat anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU), Mohamad Zulnaidi Muhammad Zulkifli yang cedera dalam nahas melibatkan sebuah trak polis dan lori muatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan di Hospital Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MEI 2025.

“Saya sudah bercakap (berbincang) dengan Pengarah KDNKA sendiri untuk melihat semula bentuk penugasan konvoi dan (ketika) tugas.

“Jadi dalam masa terdekat ini, mungkin kita akan datangkan satu SOP ataupun cadangan bagaimana mana yang terbaik untuk anggota-anggota kita yang sedang bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat enam anggota FRU yang cedera dan sedang menerima rawatan susulan nahas jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan Selasa lalu di Hospital Teluk Intan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman serta Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin.

Mengulas lanjut Razarudin memberitahu, antara perkara yang turut diteliti adalah penyediaan bas bagi menggantikan trak pengangkut dalam penugasan berskala besar.

SOP baharu PDRM, SOP keselamatan konvoi polis insiden FRU Teluk Intan nahas polis Teluk Intan Ketua Polis Negara Razarudin reformasi keselamatan PDRM kebajikan anggota polis trak polis kemalangan PDRM tingkatkan insurans
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di Hospital Teluk Intan. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 MEI 2025.

Kata beliau, selain itu pihaknya turut melihat kepada keperluan untuk mempertingkatkan aspek keselamatan kenderaan kerajaan yang digunakan dengan memperluaskan perlindungan insurans terhadap kenderaan kerajaan yang digunakan.

“Kita insuranskan trak polis yang bawa anak-anak khususnya dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, walaupun kebanyakan kenderaan kerajaan tidak ada perlindungan sedemikian,” ujarnya.

Pada masa sama Razarudin berkata, PDRM turut memberi jaminan kebajikan anggota dan keluarga akan terus dipelihara termasuk dalam sebarang bentuk sokongan yang diperlukan.

Kata beliau, perkara itu termasuklah menguruskan aspek insurans dan pampasan kematian kepada keluarga anggota yang terkorban bagi meringankan beban mereka.

“Apa sahaja keperluan yang mampu kita sediakan, akan kita usahakan ‘A sehingga Z’ kerana ini soal keluarga besar kita,” jelasnya.

Setakat ini daripada enam anggota masih dirawat, empat daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50; Koperal Mohd Izwan Ishak, 39 serta Sarjan Mohd Parih Ali, 41.

Sementara Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 dan Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, masing-masing kini berada di wad biasa.

Koperal Nizam Tarmizi 38, dan Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan.

Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, pula masih tidak sedarkan diri serta menggunakan alat bantuan pernafasan dan menerima rawatan intensif di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Pada kejadian sekitar jam 8.50 pagi, sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di kilometer (km) 15 Jalan Sungai Manik, dekat sini.

Lapan anggota maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, sementara sembilan lagi cedera. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Nahas FRU: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI