“Kenapa lori itu langgar sampai ayah mati?“ – anak bongsu Sarjan Mohd Roslan

IPOH – “Kenapa lori itu langgar sampai ayah mati? Siapa nak main dengan adik masak-masak?”.

Itu soalan yang sering ditanya Nur Aqeela Rawida, 6, anak bongsu kepada Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, yang terkorban dalam nahas di Teluk Intan pada Selasa.

Balu Allahyarham, Nur Aini Samiun, 44, berkata, anak bongsunya juga setiap hari menangis manakala anak kedua, Muhd Rizqi Nazhan, 9, pula seorang yang suka memendam perasaan.

Menurutnya, arwah seorang bapa penyayang termasuk kepada anak sulung mereka, Muhd Raqin Najmi, 13, yang menghidap sindrom down,

Malah, Mohd Roslan turut disifatkan sebagai anak yang baik kerana menjaga ibu bapa yang sakit sehingga akhir hayat.

“Macam saya Alhamdulillah semakin okay. Cuma biasalah kadang-kadang bila teringat sedihlah. Tapi saya kena kuat untuk anak-anak. Kalau saya menangis air mata darah pun arwah takkan kembali.

“Bila rasa sedih, saya peluk mereka (anak-anak). Saya sayang arwah sebab dia baik dengan semua orang.

“Arwah juga berbakti sempat kepada kedua ibu bapanya dengan menjaga mereka sehingga mereka meninggal dunia.

“Tidak sampai 100 hari ayahnya meninggal, dia pula menyusul,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Kinding Raya, Tanjung Rambutan di sini pada Ahad.

“Kenapa lori itu langgar sampai ayah mati?“ – anak bongsu Sarjan Mohd Roslan
Nur Aini Samiun, 44, ketika temubual bersama media di Taman Kinding Raya, Tanjung Rambutan, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 MEI 2025.

Dalam pada itu, Nur Aini berkata, buat masa ini ibu dan bapanya akan tinggal di rumah peninggalan arwah menemani mereka sekeluarga.

“Saya akan stay (tinggal) di sini sebab anak-anak nak sekolah. Saya tidak mahu biarkan pendidikan anak-anak terganggu. InsyaAllah bulan depan anak-anak nak periksa jadi saya kena kuat,” ujarnya.

Sementara itu, apabila ditanya berhubung hasrat majikan pemandu lori muatan batu menemui keluarga mangsa untuk meminta maaf, dia memaklumkan  elum terfikir mengenai perkara tersebut.

“Saya tak boleh nak cakap, sebab saya blank (buntu). Saya tak fikir lagi sebab banyak perkara yang perlu diuruskan. Lagipun, dia sendiri (majikan) pun tak prihatin dan bertanggungjawab dengan pekerja,” jelasnya.

Dalam kejadian pada pagi Selasa, lori yang dipandu lelaki itu bertembung dan merempuh trak yang membawa 18 anggota FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas sempena perayaan Chitrapournami di sini.

Akibat kemalangan itu sembilan anggota FRU yang menaiki trak berkenaan maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas FRU: Suasana sayu menyelubungi pengebumian jenazah Mohd Roslan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI