Ahli muda PKR rayu agar saya tak tinggalkan parti -Rafizi

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menzahirkan ucapan terima kasih atas ratusan mesej sokongan serta doa yang diterimanya susulan keputusan mengejut yang melibatkan kedudukannya dalam parti itu.

Menurut Rafizi, beliau amat tersentuh dengan sokongan padu yang ditunjukkan, khususnya oleh ahli-ahli muda parti yang dilihat menitiskan air mata sewaktu beliau meninggalkan dewan baru-baru ini.

“Mereka merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa. Saya sangat tersentuh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan bersolat hajat untuk saya,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.

Rafizi menegaskan, beliau tidak berniat untuk berputus asa atau lari daripada cita-cita idealisme yang diperjuangkannya sejak mula berkecimpung dalam aktivis dan politik.

“Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik, cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya,” ujar beliau.

Tambahnya, dengan lebih banyak masa yang ada kini, beliau berhasrat untuk lebih dekat dengan rakyat biasa dan akan cuba membalas sebanyak mungkin mesej sokongan yang diterimanya.

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah disebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya lagi.

Di akhir kenyataan, Rafizi mengulangi penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang berdiri teguh bersamanya.

“Terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI